Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu Oxygen Concentrator?
Oxygen concentrator adalah mesin yang menyerap udara biasa dan memisahkan oksigen untuk diberikan kepada pesakit dalam kepekatan tinggi (93-96%).
2. Selamat ke guna 24 jam?
Ya, oxygen concentrator direka untuk kegunaan berterusan 24/7. Pastikan ada pengudaraan yang baik.
3. Berapa kos elektrik sebulan?
Anggaran RM30-80/bulan bergantung kepada model dan penggunaan. 5L guna lebih kurang 300W.
4. Perlu preskripsi doktor?
Untuk sewa/beli, tidak wajib. Tapi kami sarankan konsultasi dengan doktor untuk menentukan flow rate yang sesuai.
5. Boleh bawa naik kapal terbang?
Hanya portable oxygen concentrator (POC) yang FAA approved boleh dibawa. Model desktop tidak dibenarkan.
6. Berapa lama tahan?
Dengan penyelenggaraan yang baik, oxygen concentrator boleh tahan 5-10 tahun.
7. Perlu tukar filter?
Ya, filter perlu ditukar setiap 3-6 bulan bergantung kepada kualiti udara.
8. Boleh guna untuk 2 orang?
Ya, dengan oxygen splitter. Tapi pastikan jumlah flow rate tidak melebihi kapasiti mesin.
9. Ada bunyi bising?
Ada sedikit bunyi (40-50dB), lebih kurang seperti kipas meja. Model baru lebih senyap.
10. Sewa atau beli, mana lebih baik?
Jika keperluan jangka pendek (< 6 bulan), sewa lebih jimat. Jangka panjang, beli lebih berbaloi.