Liputan AFP: Penapis Oxygen Concentrator Cepat Kotor Ketika Jerebu

Pada Oktober 2026, asap kebakaran hutan di Indonesia membawa jerebu ke Malaysia. Wartawan AFP datang ke bilik pameran dan gudang AA Alive di Gombak, Selangor, dan merakam juruteknik kami memeriksa bacaan ketulenan oksigen serta menukar penapis oxygen concentrator. Rakaman itu disiarkan oleh Asianet News English pada 17 Oktober 2026. Laporan bertulis AFP keesokan harinya disiarkan semula oleh France 24, Yahoo News dan MSN.

  • Saluran: Asianet News English (YouTube)
  • Tarikh siaran: 17 Oktober 2026
  • Tempoh: 6 minit 53 saat; segmen AA Alive pada 0:32 hingga 2:11

Tonton di YouTube →

Transkrip segmen AA Alive

Kata-kata kakitangan AA Alive dalam video, dalam bahasa asal. Perkataan berulang dibuang. Selepas 2:11, video beralih kepada pelancong di Singapura.

0:35 Juruteknik AA Alive
You can see here the purity level in our software. We can see here everything is saved. The purity level is down. It's lower than 87, which is normal.

0:45 Juruteknik AA Alive
So now, this machine's filter is also okay. Sometimes, if you don't know how to check that, you need to check it like this. Now this one cannot use anymore. We must change the filter.

0:58 Juruteknik AA Alive
So, we are changing this. This filter, we cannot use anymore. We must change the filter.

1:27 Kakitangan AA Alive
We experience this every year in Malaysia, or in Asia. So we predict how much, how well enough our stock to supply it.

1:51 Kakitangan AA Alive
In haze time, it's better. According to the machine, you check after 1,000 hours usually. So better now, in haze time, you check it after 500 hours, or maybe after one month or two months you check the filter. Because in haze time it will get a lot of dust, right? So it will get dirty very fast.

Penapis oxygen concentrator ketika jerebu

Daripada rakaman dan laporan AFP:

  • Dalam keadaan biasa, penapis diperiksa selepas kira-kira 1,000 jam penggunaan.
  • Ketika jerebu, kakitangan kami memeriksanya selepas 500 jam, atau setiap satu hingga dua bulan, kerana habuk menyumbat penapis lebih cepat.
  • Juruteknik Mubassar Khan memberitahu AFP bahawa bahan pencemar jerebu memendekkan jangka hayat penapis kepada separuh.
  • Dalam rakaman, bacaan ketulenan oksigen yang turun di bawah 87 pada perisian diikuti dengan penukaran penapis.

Kadar aliran dan tempoh penggunaan oksigen mengikut arahan doktor yang merawat pesakit. Untuk tanda-tanda lain bahawa mesin perlu diservis, baca tanda oxygen concentrator perlu servis, atau lihat servis & repair oxygen concentrator.

Laporan AFP, 18 Oktober 2026

Dalam “Oxygen tanks, purifier sales spike as haze crisis hits Southeast Asia”, Isaac Chong dan Isabelle Leong menulis tentang AA Alive sebagai syarikat peralatan perubatan di pinggir Kuala Lumpur yang membekalkan tangki oksigen dan oxygen concentrator kepada pesakit. Antara yang dilaporkan:

  • Rafina Firdaus dari pasukan jualan: We have seen a 35 percent increase in sales because of the haze.
  • Permintaan tambahan dapat ditampung kerana kakitangan already experienced it every year, kata Rafina.
  • Kira-kira 40 unit sewaan dihantar setiap hari ketika laporan ditulis.
  • Hampir 60 oxygen concentrator dan kira-kira 20 tangki oksigen sedang menunggu servis atau penggantian di bilik pameran dan gudang.

Angka-angka ini ialah apa yang dilaporkan AFP pada masa liputan. Ia bukan jaminan stok, harga atau masa penghantaran.

Di mana liputan ini disiarkan

Rekod media lain ada di halaman Liputan Media.

Perlukan Oxygen Concentrator?

Tanya stok sewa atau beli, harga dan penghantaran ke kawasan anda.

WhatsApp Sekarang Tel: 011-2879 9609